Webinar Selamatkah Telefon Anda Daripada Ancaman?
15 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 14 Ogos 2025 (Khamis), telah diadakan webinar NADIxCybersecurity bertajuk Webinar Selamatkah Telefon Anda Daripada Ancaman? yang bermula pada jam 3:00 petang sehingga jam 4:30 petang secara atas talian. Peserta telah datang secara fizikal ke NADI Kampung Jeriah. Seorang peserta telah menyertai webinar tersebut.
Webinar ini membincangkan keselamatan telefon pintar dengan menekankan ancaman seperti spyware, phishing SMS, aplikasi palsu dan penipuan e-wallet. Peserta akan didedahkan dengan kaedah perlindungan asas seperti tetapan keselamatan, kemas kini sistem, serta semakan kebenaran aplikasi. Turut disertakan demonstrasi langsung ‘phone tapping’ dan aktiviti interaktif mengenal pasti aplikasi tiruan.
Diharap program ini terus bermanfaat untuk peserta terutamanya komuniti tempatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: